[VIDEO] Peguam jelaskan kenapa penuntut UPNM terlepas hukuman gantung

Peguam jelaskan kenapa penuntut UPNM terlepas hukuman gantung. Keputusan Hakim Datuk Azman daripada Mahkamah Tinggi mengenai hukuman enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlepas hukuman gantung sampai mati menjadi pendebatan.

Mereka terlepas hukuman itu di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Enam pesalah utama, Akmal Zuhairi, Azamuddin Mad Sofi, Najib Mohd Razi, Afif Najmudin, Abdoul Hakeemm dan Mohamad Shobirin hanya dikenakan hukuman 18 tahun penjara.

12 lagi rakan mereka yang bersubahat pula hanya dikenakan penjara selama 3 tahun. Ini membuatkan orang ramai tertanya adakah undang-undang negara kita lemah?

Peguam perjelas secara ringkas di TikTok

Seorang peguam menerusi akaun TikToknya tampil memberi sedikit info mengenai fakta kes. Dia menjawab persoalan yang diajukan kepadanya oleh seorang pengguna TikTok.

Jelas lelaki yang dikenali sebagai Syafiqsb123 ini, pelaku dalam kes Zulfarhan tersebut telah didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat untuk membunuh Allahyarham Zulfarhan.

Enam tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 telah ditukar kepada Seksyen 304 (a) Kanun Kesekssan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun.

Peguam jelaskan kenapa penuntut UPNM terlepas hukuman gantung

Manakala 12 lagi penuntut UPNM yang turut terlibat telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun.

Allahyarham Zulfarhan dilaporkan telah didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

@syafiqsb123 Reply to @nazrinkhir Kes #Zulfarhan #UPNM18 tahun hukuman penjara Pelaku bermula daripada bila? #criminal #law #learnontiktok #fyp ♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺

BACA JUGA : Terkini !!! 6 penuntut UPNM terlepas hukuman gantung kes bunuh Zulfarhan
Hakim putus 90 tekapan seterika wap pada badan Zulfarhan sebabkan kematian tetapi bukan niat membunuh

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] [VIDEO] Peguam jelaskan kenapa penuntut UPNM terlepas hukuman gantung […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : [VIDEO] Peguam jelaskan kenapa penuntut UPNM terlepas hukuman gantung […]

  • comment-avatar