[Video] Panas !!! Lelaki mengamuk pegang sabit berdiri atas kereta peronda polis di Gopeng

Rakaman video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun sabit tular dalam media sosial hari ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng sekitar pukul 8 pagi.

Tindakan lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans itu dirakam orang awam di sekitar lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

Lelaki mengamuk pegang sabit berdiri atas kereta peronda polis di Gopeng

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan lelaki terbabit berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah bersabit.

Menerusi video tersebut, beberapa anggota bomba dilihat membuat semburan air ke arah lelaki itu yang menyebabkan dia turun dari kenderaan sebelum berlaku pergelutan dan suspek akhirnya ditangkap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi memaklumkan akan berkongsi maklumat kejadian itu kepada media

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/video-malaysia/insiden-amuk-di-gopeng-1921908

BACA JUGA : Gempar !!! Abang Long tembakau kunyah didakwa ‘jaga’ VIP