Di media sosial, viral video memaparkan aksi ‘gila’ seorang menantu yang juga Tentera Nasional Indonesia (TNI) menghalau ibu mertuanya sendiri dari rumah.
Berdasarkan laporan portal liputan6, tentera berkenaan dilihat bertikam lidah sebelum bertindak menolak ibu yang berada di kerusi roda keluar rumah.
Difahamkan, video viral tersebut dirakam oleh isterinya sendiri. Kini, pihak tentera Indonesia sedang melakukan siasatan untuk mengenalpasti kisah sebenar yang berlaku.
Video viral:
Bagaimanapun, pelaku menerusi hantaran di Instagramnya telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf di atas perbuatannya itu.
Menurutnya, pertelingkahan berlaku disebabkan oleh masalah keluarga. Setelah berbincang, mereka akhirnya bersetuju untuk saling bermaafan.
Meskipun begitu, pelaku masih menunggu tindakan yang bakal diambil oleh pihak tentera ke atas dirinya.