[VIDEO] ‘Jerung paling kental’ ditemui di perairan Australia

Seekor jerung putih diumumkan sebagai jerung paling kental kerana mempunyai banyak kesan parut akibat gigitan dan pertempuran selepas bertahun-tahun melawan makhluk laut yang lain, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pemangsa gergasi itu dirakam berenang berhampiran Kepulauan Neptune di Australia Selatan. Kawasan itu dianggap sebagai ‘rumah’ kepada kira-kira 1,000 ekor jerung putih.

'Jerung paling kental' ditemui di perairan Australia

Kesan parut berkemungkinan terjadi hasil pergaduhan dengan haiwan laut lain. – Daily Star

Ahli sinematografi bawah air, Dean Spraakman yang mengendalikan rakaman luar biasa itu semasa pengembaraannya pada Januari lalu berkata, jerung putih jantan berukuran 3.35 meter itu ‘sangat peramah’.

Dia turut mendakwa bahawa pasukannya tidak dapat mengenal pasti apa yang menyebabkan parut yang teruk pada badan jerung tersebut kerana tiada sesiapa pun pernah terserempak dengan jerung yang cedera sebegitu teruk sebelum ini.

Dean berkata, mereka pada mulanya menyangka parut itu terjadi mungkin disebabkan oleh kipas bot atau berkemungkinan jerung itu terperangkap dalam kandang tuna di kawasan itu, tetapi mereka segera menolak kedua-dua teori itu.

Dia memberitahu akhbar The Sun: “Kadang-kadang kami melihat jerung putih menjejaki pari untuk memburu dan memakannya dan menyangka mereka mengejarnya ke kawasan terumbu cetek yang agak tajam dan mungkin tersangkut dan menyebabkan kesan teruk seperti itu,’’ katanya.

“Kamu hanya boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku di sana dan sejujurnya tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan kesan parut seperti itu pada jerung tetapi haiwan tersakiti itu tentu mengalami kesukaran,’’ tambahnya.

Dalam pada itu, pengembara National Geografik, Profesor Yannis Papastamatiou berkata, beberapa kesan itu mungkin terjadi disebabkan pergaduhan dengan jerung lain.

“Jerung betina sering mempunyai parut kerana mengawan, tetapi jerung jantan juga boleh digigit semasa interaksi dengan jerung yang lebih besar yang mahu mendominasi jerung yang lebih kecilt,’’ katanya kepada akhbar The Sun.

BACA JUGA : Angkara dendam, lelaki nekad bunuh ah long
Pertembungan BN PN di Melaka bukti kerajaan sekarang porak peranda – Mahfuz

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : [VIDEO] ‘Jerung paling kental’ ditemui di perairan Australia […]