[Video] Harimau stress kena ‘game’ dengan itik

[Video] Harimau stress kena ‘game’ dengan itik.Setiap kali menyaksikan dokumentari hidupan liar antara haiwan pemangsa dengan mangsa, sebagai penonton kita akan rasa berdebar-debar melihat mangsa dihendap haiwan pemangsa dan cuba melarikan diri apabila dikejar.

Itulah perasaan yang dapat dirasakan apabila menonton sebuah video TikTok ini yang menunjukkan seekor harimau menghendap seekor itik di dalam sebatang sungai.

Dalam video yang dikongsikan semula di Twitter, harimau berkenaan sedang berenang di dalam sungai sambil memerhatikan seekor itik di hadapannya.

Kebanyakan yang menonton video itu mungkin menyangka itik tersebut akan menjadi korban bagi harimau berkenaan kerana kucing besar itu kemudian dilihat menghampiri itik tersebut secara perlahan-lahan.

Namun lain yang jadi apabila itik berkenaan menyorokkan diri ke dalam air, membuat harimau itu terkejut dan tercari-cari ke mana itik tersebut pergi.

Itik itu kemudian muncul jauh di belakang harimau berkenaan, dan harimau tersebut sekali lagi cuba untuk mendekati si itik. Itik itu juga tiada pilihan selain menyorokkan diri di dalam air untuk mengelak menjadi makanan Pak Belang.

Setelah beberapa kali percubaan, harimau itu akhirnya putus asa dan keluar dari air, membuat penonton lega dan terhibur dengan cara itik itu mempermainkan haiwan pemangsa tersebut.

BACA : Ditikam bertubi-tubi, ahli parlimen maut

COMMENTS

Wordpress (0)