[Video] Berebut vaksin, pagar dewan roboh dipanjat penduduk

Ribuan penduduk nekad merobohkan pagar bangunan demi mendapatkan vaksin Covid-19 dalam kejadian yang berlaku di Jabatan Farmasi Politeknik Kementerian Kesihatan Kupang, Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sebelum dimuatnaik dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, penduduk yang terdiri dari lelaki dan perempuan dilihat nekad merempuh dan memanjat pagar di bangunan berkenaan sehingga roboh.

Akibat tindakan penduduk itu, pasukan keselamatan kemudiannya terpaksa dikerahkan untuk menghalang pencerobohan dan menyuraikan keadaan.

vaksin

Peristiwa yang berlaku pada Rabu (14 Julai) ini telah disahkan oleh Pengarah Politeknik Kesihatan Kupang, Kristina Ragu, ketika dihubungi media.

Menurut beliau, pihaknya tidak menyangka akan tingginya ‘semangat’ yang ditunjukkan oleh penduduk yang sanggup datang dari awal pagi demi mendapatkan vaksin Covid-19.

”Semangat orang ramai sangat luar biasa, kami tidak menyangka penduduk akan mengejar vaksin dengan datang pada awal pagi.

”Keadaan yang berlaku ini tidak dijangka kerana selama ini belum ada penduduk yang beratur untuk mendapatkan vaksin di bangunan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Kupang, Hermanus Man meminta agar pihak Politeknik Kesihatan bekerjasama dengan kerajaan sebelum mengadakan proses vaksinasi Covid-19.

”Saya menghargai bahawa sesiapa sahaja boleh melakukan vaksinasi Covid-19 tetapi berkerjasama dengan pihak kerajaan terlebih dahulu supaya kita boleh mendapatkan kerjasama polis dan kawasan pentadbiran,” kata Herman.

Ketika kejadian berlaku, anggota Polis Kupang terpaksa membubarkan perhimpunan ramai dan menjalankan proses vaksinasi baru pada Khamis dengan jumlah kehadiran terhad kepada 250 orang.

Pegawai juga telah memberi garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penduduk yang ingin mendapatkan vaksin.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/07/17/video-berebut-nak-dapatkan-vaksin-covid-19-ribuan-penduduk-sanggup-panjat-robohkan-pagar/

BACA JUGA : Perantau Kelantan jangan pulang beraya, tegas Mohd Amar

COMMENTS

Wordpress (0)