Varian delta di Kelantan agak membimbangkan

Jangkitan

Sebanyak 38 kes jangkitan membabitkan varian Delta dan Beta dikesan di negeri ini sehingga Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13 jangkitan adalah kes penularan varian Delta dan 25 varian Beta.

Katanya, jika sebelum ini, terdapat tiga kes sahaja jangkitan varian Delta, tetapi ianya mula bertambah sejak bulan ini.

Varian delta di Kelantan agak membimbangkan

38 kes jangkitan membabitkan varian Delta dan Beta dikesan di Kelantan sehingga Isnin lalu. 

“Pertambahan varian Delta itu amat membimbangkan memandangkan jangkitan varian berkenaan sudah ada dalam komuniti.

“Jangkitan varian itu sudah menular di beberapa daerah dan semua masyarakat perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan penularan Covid-19,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, orang ramai dinasihatkan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan jauhi tempat sesak berikutan beberapa sektor termasuk ekonomi dan pelancongan mula dibuka mengakibatkan banyak pergerakan.

“Vaksinasi lengkap bukan bermakna kita dilindungi secara total, namun tanggungjawab menjaga SOP perlu diutamakan termasuk memakai pelitup muka dan digalakkan menggunakan dua keping pelitup muka.

“Kepada mereka yang mula berkunjung ke pusat pelancongan atau tumpuan ramai, kita harap mereka jaga penjarakan sosial. “Sekiranya ada gejala, dinasihatkan supaya menjalani kuarantin kendiri untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada orang di sekeliling,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/755548/penularan-varian-delta-di-kelantan-membimbangkan

BACA JUGA : 144 kes kematian wanita hamil direkodkan KKM kerana Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)