Vaksinasi perlahan di Selangor jadi punca kerajaan negeri lancar SelVAX

Vaksinasi perlahan di Selangor jadi punca kerajaan negeri lancar SelVAX

Vaksinasi perlahan di Selangor jadi punca kerajaan negeri lancar SelVAX. Lebih 3.9 juta orang atau 83 peratus penduduk Selangor sudah mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sehingga Isnin lalu, hanya 851,118 individu menerima dos pertama, manakala hanya 270,221 lengkap menerima dos kedua.

Vaksinasi perlahan

“Kita harus akui, angka yang rendah ini disebabkan bekalan vaksin yang terhad. Masalah ini bukan hanya berlaku di negeri Selangor dan Malaysia tetapi juga di rantau Asia Tenggara dan Afrika.

Keadaan ini mendorong kerajaan negeri melancarkan Program Vaksin Selangor (SelVAX). Usaha melengkapkan dan mempercepat proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).

“Usaha ini dijangka menambah kapasiti harian vaksinasi dan mampu memendekkan jangka waktu yang signifikan. Sekitar 100 hari lebih awal dengan sasaran vaksinasi 80 peratus daripada populasi dewasa di Selangor, selesai pada Oktober ini,” katanya dalam pengumuman khas SelVAX secara maya semalam.

Amirudin berkata, usaha itu memenuhi jangkaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mencapai masing-masing 135,000 dos vaksin menjelang Julai dan 165,000 dos vaksin harian menjelang Ogos.

Beliau berkata, menerusi program itu, kerajaan negeri mensasarkan tambahan sehingga kapasiti 43,500 dos vaksin sehari melalui lebih 22 pusat pemberian vaksin (PPV), dewan komuniti, PPV bergerak dan klinik dan hospital swasta.

Bagi melancarkan program itu, katanya, sejumlah lima PPV mega, enam PPV dewan komuniti dan 15 Klinik Selcare akan digerakkan.

“Ini akan membabitkan kira-kira 5,000 tenaga kerja perubatan dan bukan perubatan dengan sejumlah 1,228 klinik panel bagi melengkapkan usaha imunisasi di Selangor.

“PPV mega ialah Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara; Evo Mall, Bangi; Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya; De Palma Hotel, Shah Alam serta Aurora Mall, Bukit Jalil,” katanya.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/834232/lebih-850000-individu-divaksin-di-selangor

Jika Anda Terlepas: 11 keluarga kibar bendera putih, seminggu terputus bekalan makanan