Vaksin meningkat tapi kes kematian turut meningkat – Anwar

Vaksin meningkat tapi kes kematian turut meningkat – Anwar

Vaksin meningkat tapi kes kematian turut meningkat. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, menyelar kelembapan vaksinasi terhadap rakyat sehingga menyebabkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 meningkat.

Walaupun mengakui proses vaksinasi ketika ini meningkat, namun beliau berkata ia sebenarnya lewat lima hingga enam bulan berbanding negara lain.

“Kita dah lambat dan lembap. Jumlah mati meningkat, jumlah positif meningkat.

“Masalah kita punca daripada keangkuhan. Mereka rasa boleh tahu semua, ketepikan pandangan orang begitu rupa. Ini sebabkan angka kematian semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Vaksin

Kementerian Kesihatan melaporkan 199 kematian dan 11,985 kes baharu Covid-19 hari ini, manakala 7,902 pesakit sembuh.

Angka korban itu adalah rekod tertinggi setakat ini, berbanding 153 kematian yang dicatatkan Ahad lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 806,857 daripada 951,884 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala 7,440 orang meninggal dunia akibat jangkitan itu.

Dalam pada itu, Anwar berkata sebelum ini sudah ramai mencadangkan agar klinik sektor swasta dijadikan pusat vaksinasi.

Beliau berkata, bagaimanapun selepas berbulan-bulan cadangan dikemukakan, barulah masa ini cadangan itu dipertimbangkan.

“Lihat hospital Klang berselerak macam pasar nak salahkan siapa? Lihat beban tanggungjawab van jenazah hospital Klang.

“Masalah rumit dah kritikal. Simpang siur macam keadaan darurat,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/tidak-guna-cerita-peningkatan-vaksin-bila-jumlah-kematian-kes-covid-19-meningkat-bidas-anwar/

jika terlepas: Panas !!! Doktor kontrak bukak cerita mengapa letak jawatan 24 jam