Vaksin : “If you want to go fast, you pay lah!” – Khairy

“If you want to go fast, you pay lah!” (Khairy Jamaluddin)*

Selepas gagal memastikan bekalan vaksin untuk rakyat Malaysia, Menteri bertanggungjawab sebagai Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar nampaknya belum bosan untuk menuding jari kepada semua pihak selain daripada melihat kelemahan dan kegagalan diri dan pasukannya sendiri.

Sebelum ini Timbalan Khairy, Ahmad Amzad Hashim (Ahli Parlimen Terengganu) telah menuding jari menyalahkan SELangkah yang kononnya telah memanipulasi tempahan yang menjadi punca berlakunya kekecohan dalam pendaftaran vaksin AstraZaneca baru-baru ini.

If you want to go fast, you pay lah

https://malaysiadateline.com/tiada-gangguan-dari…/

https://www.google.com/…/www…/ampArticle/140812

https://www.google.com/…/maklumat-mysejahtera-tidak…

Kemudian Khairy juga menyalahkan orang awam yang didakwanya sebagai lalai bagi menghadiri temujanji yang telah dijadualkan seperti di dalam MySejahtera.

Seterusnya juga, Khairy pernah menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor yang menurutnya telah diberi vaksin yang banyak tetapi gagal menjalankan program suntikan.

Tidak kurang juga Khairy menyalahkan netizen yang mengkritik kecekapan dan keberkesanan sistem dan laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID (JKJAV)

www.vaksincovid.gov.my, yang menghubungkan pangkalan data aplikasi MySejahtera dan sistem sedia ada di Kementerian Kesihatan, dan itu telah menerima peruntukan RM70 juta
.
Beberapa hari lepas, Khairy menyalahkan Kesatuan Eropah (EU) yang menurutnya telah membolot agihan vaksin yang akhirnya menjejaskan program vaksinasi Malaysia.

https://www.hmetro.com.my/…/negara-maju-bolot-bekalan…

Tuduhan tersebut telah dinafikan terus oleh Duta EU ke Malaysia, Michallis Rokas dalam satu sidang media yang diadakan selepas Majlis Pelancaran Program Sokongan Respons Covid-19 ASEAN-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Kuala Lumpur yang telah dirasmikan secara maya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan turut disertai Wakil WHO bagi Malaysia, Brunei dan Singapura.

https://www.google.com/…/kesatuan-eropah-nafi-bolot…

Selepas menuduh EU membolot agihan vaksin, Khairy menggesa Bank Dunia membantu negara membangun menikmati kesaksamaan dalam agihan vaksin global, dengan menyifatkan perbuatan membolot vaksin oleh negara maju merupakan satu tindakan tidak bermoral yang tidak mencerminkan kepimpinan global yang bertanggungjawab dan dihormati.

https://www.bernama.com/v2/bm//news.php?id=1974911

Dan kelmarin bersamaan 24 Jun 2021, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata pasaran vaksin dalam sektor swasta dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini. Khairy melalui live webinarnya berkata jika sesiapa yang inginkan vaksin dengan kadar segera boleh mendapatkannya dalam sektor swasta, namun kos vaksin tersebut harus ditanggung sendiri oleh penerima.

“If you want to go fast, you pay lah”

*Beberapa Persoalan Saya Kepada Khairy Dan Kerajaan.*

Daripada awal, mengapa bukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditugaskan menguruskan pembelian vaksin ini bagi pihak kerajaan untuk memastikan urusan pembelian ini lebih telus, serius dan terencana mengikut keperluan negara dan sasaran program PICK kerajaan?

Kenapa negara kita lewat menerima bekalan vaksin sedangkan sejumlah RM5 Bilion telah lebih awal diperuntukkan untuk menguruskan pembeliannya agar negara segera mencapai imuniti berkelompok?

Jika Khairy yakin bahawa kemasukan bekalan vaksin akan lebih lancar menjelang Ogos, mengapa perlu ia dijual kepada pihak swasta dan Khairy tanpa rasa bersalah selamba bercakap kepada umum, “If you want it fast, you pay lah”? Mengapa tidak kerajaan sahaja yang terus menggerakkan program vaksinasi ini secara lebih serius. Tidakkah sepatutnya seluruh instrument kerajaan bahkan sudah jauh lebih daripada bersedia seawal tahun ini dan hanya menanti bekalan vaksin tiba?

Jika seandainya, instrument-instrument kerajaan itu tidak mampu menggerakkan program PICK seperti perancangan awal, dan memang memerlukan bantuan pihak swasta, mengapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah dana kepada pihak swasta tersebut, dan sekaligus memastikan semua rakyat yang menerima vaksin daripada mana-mana pihak yang diizinkan oleh kerajaan termasuk pihak swasta, dapat menerimanya kekal sebagai percuma? Mengapa perlu minta rakyat bayar pada perkara yang sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan, bahkan sudah diberikan peruntukan?

 

Adakah logik dan boleh diterima akal bahawa rakyat terpaksa membayar untuk satu kegagalan kerajaan, dan nantinya apabila imuniti berkelompok telah dicapai maka dengan bangganya kerajaan mendabik dada mengatakan itu adalah kejayaan kerajaan, sepertimana yang Annuar Musa katakan dalam program bual bicara baru-baru ini bahawa kononnya antara petunjuk kejayaan PN adalah apabila rakyat (terpaksa) berani hadapi pandemik Covid-19 walaupun angka jangkitan dan kematiannya terus meningkat?

Khairy bagi pihak kerajaan juga perlu segera menjelaskan secara terperinci, berapakah jumlah vaksin yang telah disumbangkan dan diterima oleh Malaysia daripada negara-negara luar termasuk Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun dan lain-lain?

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Duta Kesatuan Eropah (EU), Michallis Rokas, lebih 5 juta dos vaksin telah disumbangkan oleh EU kepada kerajaan Malaysia menerusi program Akses Sejagat Vaksin Covid-19 (COVAX). China pula menyumbang sejumlah 500 ribu dose untuk Malaysia.

Namun, setakat 24 Jun 2021, hanya 4.7 juta rakyat Malaysia telah divaksin daripada sejumlah 16.7 juta yang telah berdaftar dengan MySejahtera. Bagaimana hanya 4 juta yang baru divaksin, tetapi Malaysia boleh kekurangan vaksin? Ke mana vaksin-vaksin ini pergi? Bagaimana cara pemperolehannya diurus?

Kini masih ada 12.7 juta yang telah berdaftar masih menunggu vaksin mereka, apa sudah jadi dengan janji

Timbalan Khairy, Ahmad Amzad Hashim yang pada 3 Mac lepas dengan bangganya berkata, orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang disediakan adalah mencukupi untuk semua orang?

Selain perolehan vaksin melalui sumbangan negara-negara maju, berapa pula jumlah vaksin yang telah diterima oleh kerajaan berdasarkan pembelian vaksin menggunakan duit para pembayar cukai sehingga kini?

Mengapa kerajaan persekutuan masih mahu membolot program pemberian vaksin ini, mengapa tidak berkongsi tanggungjawab ini dengan kerajaan-kerajaan negeri, biarkan kerajaan negeri membantu menetapkan mekanisma pengurusan dan proses vaksinasi bersama dengan pasukan KKM yang ada di seluruh negara.

Khairy merungut dengan mendakwa negara-negara maju telah membolot vaksin menyebabkan ketidakadilan dalam pengagihan vaksin ke seluruh dunia termasuk Malaysia, tidakkah Khairy melihat cermin bagaimana apa yang didakwanya itu sebenarnya merekalah yang melakukannya dalam negara ini bilamana agihan vaksin telah berlaku cukup berat sebelah dengan negeri-negeri seperti Selangor dengan populasi yang lebih tinggi dan jumlah pendaftaran vaksin yang lebih tinggi misalnya tetapi telah menerima peruntukan suntikan vaksin yang relatif rendah.

https://www.google.com/…/sultan-selangor-terkejut…

Bagaimana jurang pelaksanaan vaksin di negeri-negeri dalam Malaysia, tidakkah Khairy teringin untuk mengulasnya?

Hak memperolehi vaksin covid-19 kini menjadi hak asasi semua manusia. Rakyat miskin, tinggal di kampung dan pedalaman terpencil juga perlu segera divaksinkan. Masih berjuta mereka yang telah mendaftar dan menunggu vaksin yang dijanjikan kerajaan.

Juga masih ramai mereka yang terpaksa bertatih menggunakan aplikasi MySejahtera. Atok, Opah, Emak dan Ayah di kampung bukan semua mahir dengan segala peralatan gadget canggih manggih. Belum kita ulas panjang perihal capaian internet yang lebih lembab pergerakannya berbanding siput babi, sekalipun di beberapa kawasan pinggir bandar. Dengan sistem MySejahtera yang masih kurang mesra dan kurang berkesan, proses komunikasi yang belum berjaya, perubahan-perubahan jadual vaksinasi yang gagal dikomunikasi secara manusiawi, ini semua memerlukan proses lebih empathy dan manusiawi.

https://m.malaysiakini.com/news/576401

Pelbagai alasan telah pun Khairy dan pihak kerajaan PN berikan bagi menjustifikasi kelewatan pelaksanaan program PICK yang menyeluruh.

Pada masa yang sama, PKP menyebabkan ekonomi rakyat mati, psikologi rakyat teruji, kes bunuh diri semakin meningkat, gangguan mental semakin bertambah. Rakyat hakikatnya melalui hari-hari dalam hidup mereka dengan perasaan yang sangat cemas, takut dengan segala macam kehidupan di hadapan yang sangat sukar dijangka.

Sementara kerajaan adalah pihak yang sedang memegang kuasa menguruskan negara dan diharap mampu mengawal selia segala urusan dengan dedikasih, cekap, adil dan beramanah kepada semua. Malangnya, ia seperti harapkan pegar, pegar memakan padi. Kerajaan ternyata gagalis dalam menguruskan negara.

Rakyat sudah pada tahap lebih daripada memerlukan bantuan kewangan melalui hari-hari yang sukar, dengan lebih sejuta rakyat Malaysia yang telah kehilangan sumber mata pencarian. Pengangguran pula telah meningkat kepada kadar 4.8 peratus berdasarkan rekod pada Disember 2020. Rakyat memerlukan bantuan kewangan yang bukan menambah hutang sedia ada.

Lalu bagaimana tergamak seorang Menteri boleh berkata, *”If you want to go fast, you pay lah” ?!*

*AIMAN ATHIRAH AL JUNDI*
Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)