Vaksin AstraZeneca disahkan selamat buat masa ini – Adham Baba

Vaksin AstraZeneca disahkan selamat buat masa ini – Adham Baba

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan vaksin AstraZeneca selamat buat masa ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba, pihaknya sentiasa memantau kesan-kesan pemberian vaksin berkenaan dari semasa ke semasa.

Katanya, berdasarkan pemantauan pemberian vaksin yang sudah bermula itu disahkan selamat setakat ini.

“Buat masa ini kita tidak menerima laporan mengenai kemungkinan ada kesan sampingan terhadap vaksin AstraZeneca.

“Kita ada minta pakar-pakar hospital bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kesan sampingan kepada penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) COVID-19, AMC Medical Clinic, di Seremban 2, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, program berkenaan berjalan lancar dan mampu untuk selesai lebih awal.

“Kami akan menerima 3.52 juta dos vaksin dari tiga pembekal bulan ini dan jumlahnya akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang. Kami yakin bahawa kami dapat menjalankan program vaksinasi dengan lebih cepat.

“Saya dapat mengesahkan penghantaran vaksin tepat pada waktunya,” jelasnya.

Kira-kira 9.4 juta orang yang terdiri daripada warga tua, orang yang sakit kronik dan mereka yang kurang upaya akan menerima vaksin pada fasa kedua program ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/05/06/vaksin-astrazeneca-disahkan-selamat-buat-masa-ini/