Ustaz Azhar Idrus disiasat polis

Ustaz Azhar Idrus disiasat polis

Orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama yang menjadi tetamu di majlis mentahnik anak kedua Siti Nurhaliza akan dipanggil polis dalam waktu terdekat ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata langkah itu dibuat untuk membolehkan pihak berkuasa merakam keterangan mereka.

Katanya keterangan adalah bagi membantu siasatan polis berhubung laporan yang dibuat mengenai dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Kes masih dalam siasatan. Polis kini masih dalam tindakan memanggil beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut.

“Mereka termasuk VVIP atau penceramah agama untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini kata Mohamad Farouk seramai 10 individu sudah dipanggil bai membantu siasatan. Mereka termasuk Siti Nurhaliza sendiri dan suaminya Khalid Mohamad Jiwa, selaku penganjur majlis berkenaan.

Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila majlis tahnik diadakan Siti Nurhaliza didakwa melanggar SOP berikutan kehadiran penceramah berasal dari Terengganu, Azhar Idrus, dan Don Daniyal Don Biyajid.

Turut memeriahkan majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad.

Siti Nurhaliza dalam satu kenyataan kemudian memohon maaf dan sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Sumber : https://perakinsights.com/2021/05/07/terkini-setelah-mendapat-kecaman-netizen-polis-akhirnya-siasat-ustaz-azhar-idrus/