Usah perbesar isu gangguan seksual, kenyataan Menteri dibidas artis

isu

Usah perbesar isu gangguan seksual, kenyataan Menteri dibidas artis.Pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin berkongsi rasa terkilan terhadap kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menasihatkan pemain industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shahrulezad seperti hilang kata-kata apabila Annuar mengeluarkan kenyataan seolah-olah cuba menjadikan isu gangguan seksual sebagai perkara biasa dan dianggap remeh.

“Serius, Tan Sri? Saya speechless (hilang kata-kata) apabila Menteri cakap seperti ini. Apabila budaya gangguan seksual cuba dinormalisasikan dan menjadi sesuatu yang tidak perlu diperbesarkan dan dianggap remeh,” tulisnya.

Memetik laporaqn Kosmo online, pemilik rumah produksi Radiusone itu, dia tidak menafikan bahawa gurauan berunsur lucah sememangnya terjadi dalam kalangan kru dan juga artis sehingga menjadi budaya dalam industri.

“Gurauan berunsur seksual antara kru dan artis. Mula-mula sekadar gurauan yang akhirnya membawa ke peringkat yang lebih serius. Yang muda dan senior bercakap lucah (gurauan) sesama sendiri dengan niat bergurau seakan-akan menjadi satu budaya dalam industri.

isu

“Dahulu ketika masuk industri, saya juga terganggu dengan perkara ini (gurauan lucah), tetapi lama- kelamaan, saya sendiri kadang-kadang mendiamkan diri (salah saya) sebab sikit-sikit kita dah mula terpaksa terima budaya ini,” katanya.

Bagaimanapun, Shahrulezad atau mesra disapa Ijat dalam kalangan pemain industri mengakui bahawa perkara tersebut (gurauan lucah) sebenarnya salah tidak kira secara lisan mahupun gerak tubuh.

“Jauh di lubuk hati, saya tahu salah. Sangat salah. Gangguan seksual sama ada lisan mahupun gerak tubuh adalah salah.

Beliau berpandangan “Pelapis industri akan beranggapan perkara ini adalah budaya sama seperti saya sekarang. Adakah kita lakukan perkara yang sama apabila berada di rumah? Di hadapan anak-anak atau cucu kita?” jelasnya.

Sehubungan itu, pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu berkata, dia berasa sangat terganggu apabila Annuar Musa menyifatkan isu gangguan seksual dalam kalangan pemain industri dianggap perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

“Tan Sri jawablah sendiri dengan generasi akan datang apabila keadaan semakin tidak terkawal. Selamat datang ke dunia yang semakin jahanam.

“Melayu yang semakin hilang jati diri Melayu dan tidak tahu malu lagi,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.

Jelasnya, pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku.

“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” katanya.

BACA: Panas !!! Angkat sumpah awal pagi, pemimpin Umno Melaka sahkan wujud ‘gelora’
BACA: KJ beri amaran !!! Kemasukan ke hospital akibat Covid-19 makin meningkat

COMMENTS

Wordpress (0)