US mengatasi Itali dalam kes Covid-19

US mengatasi Itali dalam kes Covid-19

US mendahului negara-negara lain dengan jumlah kes kematian akibat Covid-19 mengatasi Itali semalam. Hampir 20 ribu rakyat US telah meninggal dunia akibat wabak ini sehingga semalam.

Presiden Donald Trump juga telah meluluskan Perintah Darurat di 50 negeri di US. Kerajaan negeri juga menguatkuasakan perintah pengharaman perhimpunan agama dan pengurusan jenazah.

Beberapa pemimpin gereja bagaimana pun membantah pengharaman ini sehingga ke peringkat mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan.

Di California, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan sebuah gereja untuk terus mengadakan perhimpunan di gereja bersempena sambutan Hari Easther sekalipun pihak gereja mahu mensyaratkan semua yang hadir memakai PPE lengkap.

Di Kansas pula, pertubuhan gereja mencabar keputusan Gabenor yang mengumumkan pengharaman perhimpunan di gereja sehingga ke peringkat Mahkamah Agung.

Sementara itu, persatuan pusat-pusat jagaan orang-orang tua di Florida pula meminta supaya kerajaan mewartakan imuniti undang-undang ke atas mereka dari sebarang tindakan saman atau tuntutan berkaitan dengan jangkitan Covid-19 ke atas warga tua di bawah jagaan mereka.

Sumber :