Ramai orang tak tahu pentingnya undi 18 dan pendaftaran undi secara automatik. RUU undi 18 ini bukan seperti RUU Guaman Syarie yang mana hanya perlu majoriti undi mudah di parlimen. Kali terakhir kita pinda perlembagaan adalah waktu zaman Tun Abdullah, berbelas tahun lepas waktu itu SPR berjaya tambah kerusi parlimen dari 219 ke 222 kerusi yang kita ada sekarang. Selepas BN kalah 2/3 kerusi parlimen, BN tak mampu lagi hendak ubah perlembagaan sebab tiada jumlah kerusi yang cukup untuk 2/3. Ramai yang ingat tentang kegagalan PH untuk pinda perlembagaan MA63 di Parlimen tahun lepas yang mana kerajaan kalah dalam berbelas-belas undi (tidak cukup 2/3) untuk ubah status Sabah dan Sarawak walaupun ada pembangkang yang janji akan bagi sokongan. Bagi mana-mana goverment of the day, untuk usul sendiri di tolak, ia adalah satu benda yang memalukan.
Enter Syed Saddiq. Saya tengok SS sangat bekerja keras demi menjayakan RUU18 ini. Dia sendiri secara peribadi berjumpa dengan pembangkang termasuk DS Najib, kerana bagi dia “one can never be to sure” and “every vote count”. Sebab tu bila banyak suara sinis dari pihak penyokong PH sendiri yang kata SS akan menyebabkan PH kalah PRU15 adalah satu kritikan yang tidak berasas. Undi 18 adalah “uncharted waters” bagi semua termasuk la pembangkang dan kerajaan. SS juga mengambil kira pendapat Tuan Guru Hadi supaya pendaftaran pengundi dilakukan secara automatik yang mana saya sendiri bersetuju sebab ramai rakyat malaysia ini malas mendaftar mengundi sampai lah pada hari pembubaran parlimen baru mereka terhegeh-hegeh
Procrastinate
Sikap berlengah-lengah ini macam sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Dari janji on the way padahal baru bangun tido sampai lah kepada mendaftar sebagai pengundi. Jika pendaftaran undi secara automatik dilaksanakan, di jangka pada tahun 2023 nanti kita akan ada seramai 7.8 juta pengundi baharu yang mana majoriti mereka adalah dari generasi-Z ( Gen-Z) . Tapi ada suara-suara sumbang yang kata umur 18 terlalu muda dan PH akan kalah sebab sentiment anak muda tidak berpihak pada PH.
Untuk mengatakan yang anak muda Gen-z adalah naif dan akan undi pembangkang is an understatement. Jika kita lihat secara kasar, kemenangan PH PRU lepas di pacu oleh 33% undi melayu/bumiputra, 70% undi kaum yang lain. Pembangkang biasanya menang dalam saluran 1 yang mana mereka ini terdiri dari baby-boomer dan gen-X. Gen baby-boomer dan gen-X biasanya lebih loyal kepada sesuatu brand dan ini bukanlah target pengundi untuk PH. Biasanya baby-boomer dan gen-X sudah ada pendirian politik yang tetap.
Analisa Trend
Seorang data saintis yang bagus perlu ada ciri ciri yang berikut: minda analitik, pengetahuan tentang domain, skil menyelesaikan masalah dan skil programming dan statistik. Sebelum data saintis boleh merekacipta sesuatu modul AI, dia perlu faham latar belakang subjek tersebut, sasaran audian terlebih dahulu. Contoh dalam 7.8 juta pengundi baharu yang majoritinya Gen-Z, dia perlu kaji beza Gen-Z dan Gen-Millennials . Jika kita lihat infografic di bawah kita boleh lihat yang Gen-Z adalah cakna teknologi yang mana media utama mereka adalah telefon pintar. Penggunaan sosial media mereka juga lebih banyak pada Instagram, Snapchat/Tik-tok, dan youtube , berbanding dengan Facebook. Dari sini seorang data saintis boleh letak banyak probe pada applikasi tertentu untuk melatih AI supaya dapat menjana keluaran yang lebih baik. Kalau instagram pun Gen-Z lebih banyak guna function insta-stories dari regular post sebab insta-stories ini akan hilang selepas 24 jam.
https://www.visioncritical.com/blog/generation-z-infographics
Bila kita sudah dapat output dari statistik, kita boleh membuat targeted political campaign kepada mereka . Mungkin iklan 5 saat dengar warna yang catchy dalam instgram yang tulis pencapaian PH dalam masa 5 tahun seperti elaun untuk intern, pendaftaran undi automatik, food bank di universiti2; just keep it short and simple. Targeted campaign macam ini lebih effective dari bayar iklan di TV atau billboard di lebuhraya. Ini yang Team Invoke dah buat pra PRU14 dahulu, kalau tuan-tuan sedar, maknanya Tuan-tuan cakna revolusi industry 4.0 dan IoT ( internet of things)
Sosial Influencer.
PH juga perlu ada icon untuk anak muda. So far yang kita boleh lihat hanya Syed Saddiq dari Bersatu sahaja yang boleh kata capai status Sosial Influencer for youth dalam e.g. instagram. PKR dan DAP pun sudah ada youth sosial influencer tetapi Amanah nampak terkebelakang. Kita bernasib baik UMNO dan PAS pun masih tiada icon anak muda di instagram dan twitter tetapi sampai bila kira hendak bergantung pada nasib baik, yang mana kelamaan kita akan running out of luck. Tentang Najib Razak , saya rasa PH pun tak perlu risau, he is a joke and 70% of his twitter follower is fake. Tapi dia bukan kisah pun. Sanggup jadi badut dan buat aksi badut demi populariti, tiada beza dia dengan Vida dan Sajat.
Tanggungjawab Mengundi.
One can have a different opinion on the right age of voting/marriage. Sekarang ini kerajaan hendak seragamkan 18 tahun sebagai had umur mengundi dan berkahwin, 18 juga adalah umur di mana sesorang itu kalau membuat kesalahan boleh di hukum secara dewasa dan bukan lagi di mahkamah juvana. People fears the unknown. Itu adalah sifat semulajadi manusia. Bagi saya persediaan mengundi ini sama macam persediaan untuk berkahwin. Dan ibubapa yang baik akan bagi tunjuk ajar pada anak mereka siapa yang patut mereka undi untuk pertama kali. Some people get it right for the first time. Some people still cannot get it right for multiple times. You see, there is 2 type of people. One that fuel up whenever the fuel bar is blinking on reserve fuel and one that fuel up when it is reaching 1/3 of the bar. I am the latter person, I always prepare in advance but there is a lot of people out there yang hanya isi minyak bila sudah betul-betul kosong.
Bila ramai yang kata anak muda kita tak minat dengan politik, which somewhat true. Mungkin mereka tak minat sebab mereka tak boleh mengundi lagi. Bila mereka layak mengundi pada umur 18 tahun, mungkin ia akan minat mereka berubah. Mungkin PH boleh buat kempen kesedaran mengundi sama waktu bila mereka hendak mendaftar untuk universiti. Macam saya, dari umur 18 tahun lagi saya selalu excited dengan politik walau pun saya tak boleh mengundi. Dan biasanya untuk golongan yang selalu berlengah-lengah ini, political will mereka untuk mengundi hanya datang waktu pembubaran parlimen. Waktu itu mereka akan cuba mengkaji sedikit sebanyak tentang parti politik mana yang hendak dia undi, walhal 4 tahun lebih mereka tak peduli sangat pun tentang politik. This is fine and nothing wrong with this, dan golongan atas pagar ini yang kita perlu target. Sama macam waktu nak beli rumah pertama, time itu la baru nak belajar S&P, MTRA etc padahal sebelum ini bukan nya kita kisah pun.
Golongan Atas Pagar.
Target PH perlulah di tumpukan pada golongan atas pagar. Sebab tu PH boleh abaikan sahaja mana-mana gen-x dan baby-boomer sebab minda mereka sudah pegun. Bila kita analisa data dari sentiment +ve dan -ve politik Malaysia, sentiment +ve sebenarnya lebih banyak dari -ve dan majoritinya adalah neutral. Sebab Gen-Z juga lebih cakna kepada sosial media, ramai dari mereka cakna dan tahu membezakan fake news dan real news. Yang selalu forward benda-benda viral yang tak tahu asal usul dan authenticity ini biasanya bukan gen-z tetapi dari gen-x dan baby-boomers. Jadi bila kita ada parti extrimis yang suka menyebar berita palsu, gen-Z lebih kalis dan lebih berhati-hati dengan berita tersebut berbanding dengan gen-X and baby-boomer. Yang penting PH sebagai kerajaan perlu ada satu kumpulan yang tersusun untuk melawan dakyah dan fitnah-fitnah pembangkang.
Penutup.
Jika di takdirkan juga PH kalah, dan kerajaan UMPAS akan ambil alih, it is not all bad things. Banyak perubahan yang PH telah buat seperti letak SPR dan SPRM di bawah kuasa parlimen, IPCMC untuk pantau polis etc yang masih lagi menjamin kedaulatan undang-undang di malaysia. Yang paling penting, kita telah berjaya membuang tahyul dan khurafat yang kata “tanpa UMNO, orang Melayu tak boleh hidup”. Sekarang apa yang kita lihat UMNO yang tak mampu hidup tanpa sokongan orang Melayu, siap dah pandai tadah tong milo; siapa yang boleh ramal 5 tahun lepas UMNO yang ada berbilion2 ringgit kini jadi pengemis bersama rakan taawun mereka, PAS. Kuasa Allah juga yang memberi kerajaan pada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia juga berkuasa menarik kerajaan pada siapa yang dia kehendaki.
Tapi ada orang kata 4 tahun macam terlalu lama, ada pula yang kata 4 tahun terlalu singkat. Ia nya bengantung pada individu. Politik di Malaysia ini macam menonton filem di wayang. Kalau filem avengers 3 jam pun rasa sekejap sebab menarik, tapi filem cicakman 1 jam pun dan rasa macam forever sebab sampah.
And Life is what you make it of.