Undi belah bahagi : Reformis mesti berbeza dengan pengkhianat – Ezam

Undi belah bahagi : Reformis mesti berbeza dengan pengkhianat – Ezam

Penentangan terhadap sebuah kerajaan rosak,tiada asas moral dan berasaskan rasuah mesti total.Undi belah bahagi adalah manifestasi penentangan total.

Kerajaan Muhyidin adalah sebuah kerajaan lahir daripada muslihat politik tiada moral, sogokan dan rasuah.

Belanjawan yang dibentangkan mesti dilihat dari konteks itu.Hakikatnya Menteri Kewangan hanyalah seorang khadam kepada PM yg tiada asas moral.

Justeru,penentangan terhadap setiap langkah kerajaan tiada asas moral dan rosak ini mesti total kerana apapun rencana dan janjinya,natijah akhirnya adalah kerosakan.

Bajet 2021 bukan hanya soal Moratorium, KWSP dll.Banyak aspek lain kehidupan rakyat yang terkesan.SOP yang bertukar2 dan menyusahkan,SOP yang double standard,malah ada kes rasuah membabit peralatan frontliners diawal wabak Covid19 membabit puluhan juta wang negara dan pejabat menteri sehingga hari ini lenyap.Itulah natijah sebuah kerajaan yg rosak.

Makanya episod yang berlaku di Parlimen siang tadi dimana undi belah bahagi gagal dilaksanakan oleh pembangkang adalah mengecewakan dan mengesankan.Ia memberi mesej penentangan terhadap kerajaan rosak ini tidak total.

Reformasi hanya berlaku dengan kesungguhan spt termaktub didalam Al Quran.Lakukan Islah sedaya upaya.Dalam konteks RUU Belanjawan dll dan Parlimen,penentangan total adalah undi belah bahagi.

Justeru, Gerak98 menggesa dalam peringkat seterusnya undi belah bahagi mesti dilaksanakan.Ianya manifestasi penentangan total didalam parlimen.Soal menang atau kalah undi itu soal lain.Dalam perjuangan, penentangan terhadap kebatilan mesti dilakukan secara total.

Itu bezanya politikus reformis dengan politikus murahan yang menjadikan undinya atau blok,partinya sebagai tukaran laba buat dirinya.Hari ini dan hari2 seterusnya kita akan lihat wajah ahli2 politik murahan ini di Parlimen.

Sumber : http://suarapakatandaily.com/archives/30750

COMMENTS