Umur belum masuk 30 tapi anak dah 7? Sebenarnya umur berapa dia kahwin.
Wanita yang baru berusia 29 tahun ini memberitahu dirinya sudahpun mempunyai tujuh orang anak iaitu 5 perempuan dan 2 lelaki!
Menurut wanita yang dikenali sebagai Anna Mukhtar ini, dia tidak pernah menyesal kahwin di usia muda.
“InsyaAllah, aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Hanya kita perlu percaya dan yakin dengan ketentuanNya. Pedulikan apa orang kata.
“Biasalah, anak kecil memang penat sikitkan. Tapi Insyaalah senang di hari tua. Yang penting fizikal dan mental kena kuat, jangan perlah mengalah,” pesannya.
Bagi orang lain, 7 orang anak mungkin payah untuk diurus, tetapi tidak pada Anna Mukhtar yang memasang impian untuk memiliki 10 orang anak jika diizinkan.
Perkongsian Anna Mukhtar tersebut telah menarik perhatian warganet yang kagum kerana dia masih kelihatan cantik meskipun sudah beranak ramai.
Anna Mukhtar bersama suami dan anak-anak
Antara komen-komen netizen:
Nurul Syuhada Shafian – Saya umur 29 anak baru 4 orang dah stres dah. Tabikla dengan u. Macam mana handle kerenah anak-anak? Tenaga luar biase ni nak urus anak ramai.
Noraj Noraj- Alhamdulillah… Syukurnya anak ramai… Mesti best. Moga kekal bahagia keakhir hayat.
Nazirah Zakaria – Syukur Alhamdulillah… Tahniah mama muda yang owhsome.
Nori Othman – Allhamdulillah… Boleh lagi beranak sis selagi mampu. Anak 7 ni kalau semuanya dah besar dah tak nampak ramai pun. Cukupkan jadi 10 sis. Terbaik lahhh!
Huda Eyash – Anak berderet pun tetap gojesss … Maybe cukup segala suami sis bagi.
BACA:
Gara-gara berbogel di Bali sekali lain yang jadi dengan pelancong Rusia ini