Umum TPM baru bukti Muhyiddin sedang terdesak – Mujahid

Umum TPM baru bukti Muhyiddin sedang terdesak – Mujahid

Di sebalik perlantikan TPM baru ada simbol terdesak samada sudah mengalah atau ingin terus berkuasa di atas dahan yang rapuh.

Perlantikan ini sesuatu yang membongkar ketidakupayaan TSMY mempertahankan pengkhianatan beliau melalui projek scheme of things. #kerajaangagal bukan lagi ilusi kepada rakyat, ia satu realiti.

Kerajaan PN seolah berada di bawah ihsan kelompok yang ambil kesempatan saat peluang mendatang untuk kepentingan diri. Sebab itu pusingan di gelanggang lawan covid, kita selalu kecundang!

Parti dan idealism perjuangan dibakul sampahkan. Mereka hanya bernafas untuk menagih kuasa untuk diri. Tapak berdirinya kompas moral kepimpinan sudah goyah walhal suasana kritikal negara hari ini memerlukan kekuatan prinsip dan kompas moral yang kukuh.

Sial politik apakah yang melanda negara? Perlukah rakyat tanggung biawak-biawak hidup yang mempertaruhkan kaum dan agama meneruskan nyawa politiknya? Khianat tidak dapat diselesaikan dengan pengkhianatan yang lain, hentikanlah kitaran ini.

Hanya Allah tempat kita bergantung harap, semoga kemuncak scheme of things di sebalik perlantikan TPM hari ini adalah permulaan kepada pengakhiran episod khianat terbesar politik negara!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
7/07/21

Sumber :

BACA JUGA : Gempar !!! Portal lapor Muhyiddin bakal menghadap Agong untuk rombakan kabinet