Umno,Pas dan Bersatu sedang hadapi krisis besar pembahagian kerusi, dakwa Nik Amar

Umno,Pas dan Bersatu sedang hadapi krisis besar pembahagian kerusi, dakwa Nik Amar

Soal pembahagian kerusi Parlimen antara Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), masih belum selesai.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun hubungan antara ketiga-tiga parti berjalan baik, soal berkenaan masih belum mencapai kata putus.

“Setakat ini hubungan secara umum adalah baik. Dengan Bersatu baik, UMNO pun baik. Cuma, isu besar sekarang ini ialah pembahagian kerusi.

“Masing masing ada tuntutannya. Itu yang kita kena selesaikan sama-sama. Sekarang ini ialah peringkat hendak menentukan pembahagian kerusi.

“Sebab, kita nak hadapi pilihan raya, kenalah selesaikan (isu) kerusi dulu. Jadi, ada jawatankuasanya,” katanya di sini pada Rabu.

Menurut Mohd Amar, Jawatankuasa Induk Pembahagian Kerusi MN menumpukan kepada pembahagian kerusi di peringkat Parlimen.

Ia dibincangkan secara bersama sebelum keputusan dimaklumkan kepada negeri masing masing.

Katanya, soal pembahagian kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibincangkan dalam jawatankuasa berkenaan.

Pas berpandangan, sekiranya berlaku pilihan raya dalam masa terdekat, ia mungkin membabitkan kerusi Parlimen.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/isu-pembahagian-kerusi-parlimen-masih-belum-selesai-mohd-amar-284629