Umno Tolak Bersatu Di Melaka, Jawatan Ketua Menteri Milik Umno

Umno Tolak Bersatu Di Melaka,  Jawatan Ketua Menteri Milik Umno

Perikatan Nasional (PN) Melaka menarik balik kerjasama dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini.

Ia membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Langkah itu susulan tindakan kedua-dua ADUN berkenaan yang mengetepikan peranan 13 ADUN Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.