Umno Terengganu enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15 – Mat Said

UMNO Terengganu mengulangi pendirian untuk bergerak bersendirian tanpa Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said, berkata keputusan yang dibuat itu berikutan tidak berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, UMNO Terengganu akan tetap teguh dan tidak berganjak dengan pendiriannya.

Umno Terengganu enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15 - Mat Said

Ahmad berkata, keputusan yang dibuat itu berikutan tidak berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.

Dakwanya, apatah lagi Kerajaan Negeri Terengganu juga tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika ini.

“Saya kata Pas tak akan bersama UMNO. Dia akan pergi kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Saya tahu baca politik Pas.

“Sebab Bersatu tak ada jentera. Mana jentera… mana ahli Bersatu. Dia akan gunakan (Pas) sebab itu Pas akan tawarkan jentera dia… Dan sebagai balasan dia (Bersatu) tanggunglah kos-kos untuk pilihan raya apa semua…
“Dapat baca dah… saya belajar sains politik,” dakwanya.

Terdahulu Ahmad Said berkata, parti itu bersedia untuk bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15 akan datang.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu. Namun kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Bersatu setelah Ahli Parlimennya, Datuk Rosol Wahid mengisytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.

Bagi kerusi DUN pula, Pas memenangi 22 kerusi manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14.

BACA JUGA : Bekas ADUN Asahan meninggal dunia kerana Covid-19
Pesawat Hawk terhempas, identiti juruterbang dikenal pasti

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Umno Terengganu enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15 – Mat Said […]