Umno nafi laporan Majlis Kerja Tertinggi tolak Bersatu dan PN

UMNO menafikan laporan berita bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat keputusan menolak kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, laporan yang dibuat media mengenai penolakan kerjasama itu tidak betul dan ibu pejabat UMNO menandang serius dakwaan berkenaan.

“Ibu Pejabat memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kelmarin (Jumaat).

“Sebarang kenyataan mengenai keputusan MKT adalah tidak sahih melainkan ia datang dari kenyataan rasmi parti atau pimpinannya,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata, sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti.

UMNO pada Jumaat menjalankan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik Bentong, Pahang.

Bagaimanapun, sehingga kini media belum dimaklumkan sebarang keputusan yang dibuat UMNO mengenai hubungan parti itu dengan Bersatu.

Berita penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-nafi-majlis-kerja-tertinggi-tolak-bersatu-dan-pn-284031

COMMENTS

Wordpress (0)