Umno mengaku kalah, serah jawatan KM Sabah kepada Bersatu

Umno mengaku kalah, serah jawatan KM Sabah kepada Bersatu

Hajiji Noor dari PPBM diisytiharkan sebagai ketua menteri Sabah ke-16 hari ini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selepas perbincangan antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PBS akhirnya mencapai kata sepakat menyusuli kemenangannya pada pilihan raya negeri pada Sabtu.

“Ya, GRS sebulat suara memilih saya sebagai ketua menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada penyokong.

Ahli politik berusia 65 itu menggantikan Shafie Apdal, yang penggalnya berakhir lebih awal ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai selepas sokongan majoriti kerajaan Warisan Plus pimpinannya tergugat dengan peralihan sokongan 33 Adun kepada bekas ketua menteri, Musa Aman.

Hajiji dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, esok 10.30 pagi.

Pelantikan Hajiji ini ketika Sabah berdepan cabaran ekonomi dan kesihatan yang serius, antaranya berikutan Covid-19 yang amat menjejaskan ekonomi tempatan dan serata dunia.

Semasa berkempen di Sabah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mnyeru pengundi memilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan persekutuan, mengatakan lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan ke Sabah jika Kota Kinabalu dan Putrajaya dapat bekerjasama.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/28/hajiji-noor-diisytihar-ketua-menteri-sabah-ke-16/