Umno Gesa Azmin Tidak Sertai Kabinet Kerana Terpalit Kes Video

Umno Gesa Azmin Tidak Sertai Kabinet Kerana Terpalit Kes Video

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa untuk mengikut jejak langkah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu menyertai Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang merujuk bekas Timbalan Presiden PKR itu dengan kontroversi rakaman video intim yang pernah dikaitkan dengan Azmin tidak lama dulu.

“Datuk Zahid sudah buat pengumuman, dia tidak mahu dilantik dalam kabinet baru TS Muhyiddin. Walaupun prinsipnya, seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh Mahkamah.

“Zahid tahu kes beliau akan dijadikan isu. Justeru, bila Azmin mahu buat pengumuman sama?” kata Puad dalam hantaran di Facebook peribadinya pada Ahad malam.

Berita Penuh : http://www.astroawani.com/berita-politik/azmin-digesa-ikut-langkah-zahid-hamidi-puad-zarkashi-232945