Ular tedung 2.5 meter dalam rumah, kucing jadi penyelamat

Ular tedung 2.5 meter dalam rumah, kucing jadi penyelamat

Reaksi pelik seekor kucing peliharaan menyelamatkan lapan sekeluarga daripada ular tedung selar sepanjang 2.5 meter yang melingkar dalam bilik air rumah mereka di FELDA Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, pemilik kediaman terbabit memeriksa kediamannya selepas melihat kucing peliharaan ‘berperangai’ pelik.

Katanya pemilik kediaman itu kemudian nampak seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter melingkar di dalam bilik air rumahnya.

Alias berkata bomba berjaya menangkap ular itu dalam tempoh lapan minit menggunakan dua unit penjerut haiwan.

“Ular itu dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/06/832110/perangai-pelik-kucing-selamatkan-8-sekeluarga