Ulama Pas kantoi fitnah Saifuddin Nasution

Ulama Pas kantoi fitnah Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution hari ini menafikan posting Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang di akaun Facebook beliau atas nama Mokhtar Dup.

Ini merupakan satu fitnah kepada Saifuddin Nasution kerana ia tidak pernah mengeluarkan kenyataan “Arak Bukan Bahan Larangan Seperti Air Zamzam” yang dikongsikan di postingnya.

Tindakan memuat naik fitnah tersebut telah dikongsikan oleh facebookers dan tersebar group-group whatsap. Malah ada yang mesej secara personal dengan Saifuddin Nasution untuk mendapatkan penjelasan.

Saifuddin Nasution seperti dipetik dalam posting facebook milik beliau:-

“Alfadil Tuan Guru Mokhtar Senik dan tulisannya yang tersasar. Memuat cerita dengan memetik ayat yang tidak pernah saya lafazkan.
Tidak lama kemudian Tuan Guru pun “remove” tulisan itu. Teruskan tulisan Tuan Guru justru Tuan Guru amat arif dan tinggi ilmu tentang dosa pahala!

Saifuddin Nasution turut menyindir agar pemilik akaun FB Mokhtar Dup meneruskan tulisan sebegitu kerana ia amat arif dan tinggi ilmu tentang dosa dan pahala