Ucapan sulung Ismail Sabri sebagai PM jam 5.30 petang ini

Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan menyampaikan ucapan sulung beliau pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ismail Sabri menerusi laman Facebook miliknya berkongsi poster yang memaklumkan ucapan tersebut akan disiarkan di stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

“Ikuti ucapan saya pada pukul 5.30 petang hari ini,” tulisnya ringkas sebentar tadi.

Ucapan sulung Ismail Sabri sebagai PM jam 5.30 petang ini

Semalam, Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah.

Pelantikan Ismail Sabri mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/22/ucapan-sulung-pm-ke-9-pukul-5-30-petang-ini/

BACA JUGA : Bersatu wajar pertimbang tidak sertai kabinet Ismail Sabri