Twitter Dr Noor Hisham turut jadi mangsa netizen luah bantahan

Twitter Dr Noor Hisham turut jadi mangsa netizen luah bantahan

GARA-GARA kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan pelanggaran SOP seorang Menteri, akaun Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diserang.

Menerusi tweet terbabit, warganet mempertikaikan hukuman pelanggaran SOP yang dijatuhkan ke atas rakyat dan seorang Menteri. Malah warganet turut mempersoalkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 Ogos 2020 dan 22 Ogos 2020.

Pada 19 Ogos 2020, Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan kenyataan akan siasat Menteri tersebut sekiranya ingkar perintah kuarantin.

Namun pada 22 Ogos 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan dan terdapat makluman di dalam kenyataan tersebut “Menteri telah dikompaun pada 7 Ogos 2020”.?

Turut membalas tweet Ketua Pengarah Kesihatan adalah lagenda penyanyi 80 an Francissca Peter “I really hope and pray that we keep the strict rules ongoing. Please. Too many are reckless regardless of who’s who and us normal folk. It’s very sad, upsetting and disturbing..

COMMENTS