Tutup kilang : Akhirnya netizen sekolahkan Rafizi

Tutup kilang : Akhirnya netizen sekolahkan Rafizi

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akhirnya ‘disekolahkan’ warganet berhubung perbezaan lesen kilang dan lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kedudukannya sebagai bekas wakil rakyat PKR itu dipersoal memandangkan lesen kilang adalah lesen sektor pembuatan yang dikeluarkan oleh agensi MITI iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Hal itu dijelaskan pengguna Twitter, Adrian Lim Chee En susulan ciapan Rafizi yang mempersoal mengapa kerajaan negeri Selangor tidak menarik balik apa yang dianggapnya lesen PBT supaya operasi kilang akan ditutup.

Menurut Adrian, lesen perniagaan yang dirujuk oleh Rafizi sebenarnya adalah lesen perniagaan seperti lesen perniagaan kedai kopi, cuci kereta, kedai buku dan sebagainya.

“Ini hujah berdasarkan fakta dan kedudukan undang-undang. Bukannya ‘langgar dulu, tengok macam mana nanti’,” tempelaknya.

Tegasnya, lesen perniagaan bukan lesen kilang manakala lesen kilang bukannya dikeluarkan oleh pihak PBT.

“Kelulusan lesen kilang memerlukan kelulusan beberapa hal lain seperti lesen PBT, sijil bomba, sijil DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), sijil SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan sebagainya.

“Masing-masing memantau bidang masing-masing,” katanya berdasarkan pengalaman keluarganya yang membuka kilang.

Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Naib Presiden PKR menyelar kerajaan negeri Selangor dalam ciapan Twitternya.

“Kes Covid-19 tidak turun-turun, ramai minta tutup operasi kilang. Soalan kepada kerajaan negeri Selangor dan MB, Amirudin Shari:

“Kalau MITI bagi lesen pelepasan pun tapi kerajaan negeri (melalui pihak berkuasa tempatan) tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup juga, kan?

“Kenapa tak buat begitu? Mohon sekolahkan saya,” katanya sambil menanda Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Adrian menjelaskan, lesen PBT biasanya merujuk pada sijil layak menduduki bangunan iaitu berkaitan sama ada struktur bangunan selamat didiami atau tidak.

“Lebih kurang macam pemaju dapat OC (Sijil Layak Menduduki) selepas projek siaplah.

“Bomba pula pasal keselamatan api, DOSH berkaitan keselamatan mesin. Masing-masing ada fungsinya,” kata Adrian.

Dalam masa sama, katanya, ada pihak yang berpendapat batalkan sahaja lesen PBT supaya lesen kilang terbatal.

Namun, bagi Adrian, hujah tersebut tidak relevan kerana berbunyi seperti, “batal saja sijil Bomba supaya lesen kilang terbatal”, “batal saja sijil DOSH supaya lesen kilang terbatal” dan “batal saja sijil SSM supaya lesen kilang terbatal.”

“Saya nak tanya: Bolehkah kondominium yang 10 tahun ada OC, tiba-tiba ditarik balik?

“Bolehkah kedai kamu 10 tahun ada sijil Bomba, tiba-tiba ditarik balik? Bolehkah sijil SSM kamu 10 tahun diluluskan, tiba-tiba ditarik balik?” bidas Adrian lagi.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/permintaan-rafizi-untuk-disekolahkan-ditunaikan-oleh-netizen/

BACA JUGA : Panas !!! Pendedahan Frontliners ini sesuatu yang mengejutkan, kata Najib