Tutup kedai nombor ekor, 2 pemimpin Pas persoal wartawan

Dua pemimpin Pas baru-baru ini mempersoalkan tindakan seorang wartawan yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan Pas di Kedah.

Menurut laporan FMT, dua pemimpin PAS tersebut adalah Idris Ahmad yang merupakan Naib Presiden PAS dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Awang Hashim, Ahli Parlimen Pendang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ketika wartawan dari FMT mengutarakan rasa khuatir kalangan masyarakat terhadap keputusan kerajaan Pas di Kedah itu, Idris mempersoalkan sama ada beliau boleh menerima jika suaminya “kaki judi”.

Tutup kedai nombor ekor, 2 pemimpin Pas persoal wartawan

Idris Ahmad

Minderjeet Kaur, wartawan dari FMT turut dipersoal oleh Awang sama ada beliau warga Malaysia selepas menegurnya kerana bertanya soalan dalam Bahasa Inggeris.

Tindakan dua pemimpin Pas ‘menggasak’ Minderjeet menyusul setelah Idris diminta untuk menjelaskan mengenai keputusan kerajaan Kedah tidak lagi memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor.

Ujar Idris, “semua orang termasuk Muslim dan bukan Muslim tidak setuju dengan judi. Langkah seperti ini sudah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu yang mana ia diterima baik oleh masyarakat bukan Muslim di sana.”

Ketika Minderjeet meneruskan pertanyaannya mengenai rasa khuatir kalangan orang ramai jika penutupan kedai nombor ekor diperluaskan ke negeri lain, Awang mencelah dan menegur wartawan itu.

Awang: You tanya Bahasa Melayu lah, you are Malaysian or not? (Awak warga Malaysia atau tidak?).

Minderjeet: I am a Malaysian certainly, (sudah tentu saya warga Malaysia).

Awang: You cakap Bahasa Melayulah.

Minderjeet: Please don’t do that to me (tolong jangan layan saya sedemikian).

Awang: You also proper ask the question, you know. You want me to respect you, you must respect us first…you cakap Melayu boleh tak? (Anda pun kena tanya soalan cara baik, tahu tak. Anda mahu saya hormati anda tapi anda kena hormat kami dulu).

Seterusnya, apabila Minderjeet sekali lagi bertanya Idris mengenai rasa khuatir pihak tertentu atas tindakan diambil di Kedah, beliau membalas balik dengan soalan berikut.

Idris: You setuju ke kalau suami you kaki judi? I tanya you dulu.

Minderjeet: It is not about my family (Ini bukan pasal keluarga saya).

Idris: You kena jawab my question dulu. Okay, itu cukuplah.

Wawancara itu diadakan selepas majlis pelancaran manifesto Perikatan Nasional (PN) oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin petang tadi yang dihadiri Idris dan Awang.

BACA JUGA : Panas !!! Taktik sebenar Umno namakan Sulaiman calon KM terbongkar
Setiausaha akhbar Mahathir ‘sound’ Muhyiddin
PRN Melaka : Bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, kompaun RM10,000

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Tutup kedai nombor ekor, 2 pemimpin Pas persoal wartawan […]