Tuntutan palsu, pegawai polis SB saman pengarah kanan Bukit Aman

Tuntutan palsu, pegawai polis SB saman pengarah kanan Bukit Aman. Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) memfailkan dua saman fitnah secara berasingan terhadap pengarah kanan Bukit Aman dan bekas diplomat kerana menuduhnya membuat tuntutan palsu.

Asisten Superintendan Azwan Jamaldin didakwa membuat beberapa tuntutan palsu berjumlah RM63,704 bagi menyelenggara dan membaiki kenderaan pegawai perhubungan polis Malaysia di Pontianak, Indonesia.

Saman itu yang menamakan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din serta bekas konsul Malaysia ke Pontianak, Mohiuddin Ghazali sebagai defendan difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, minggu lalu.

Baca Artikel Penuh