Tunggu ambulan tak sampai, lelaki gelang pink pandu kereta ke hospital kerana sakit dada

Tunggu ambulan tak sampai, lelaki gelang pink pandu kereta ke hospital kerana sakit dada. Seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipakaikan gelang merah jambu kerana dipercayai positif Covid-19 ditahan kerana memandu kereta di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki terbabit dari Taman Kempas di sini memandu kereta tersebut untuk ke hospital selepas mendakwa sakit dada dan sukar bernafas sebelum ditahan di SJR itu pada pukul 10.30 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa dia terpaksa memandu kereta Perodua Kancil itu selepas mendapati ambulans lambat datang mengambilnya di rumah untuk dihantar ke hospital.

ambulan

“Ketika ditahan lelaki tersebut berada dalam keadaan sukar bernafas dan sakit dada.

“Lelaki itu yang tinggal seorang diri di Taman Kempas memandu kereta tersebut untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pemantauan di SJR Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini malam semalam.

Adzli memberitahu, beliau kemudian mengarahkan anggota polis yang bertugas di SJR itu supaya mengiringi kereta berkenaan sehingga HSAH.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/20/lelaki-gelang-pink-ditahan-pandu-kereta/

Jika terlepas: Nadir Al-Nuri perjelas kekeliruan isu misi tim Ebit Lew