Tun Mahathir yang daku kenali

Tun Mahathir yang daku kenali

Tun Mahathir yang daku kenali. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ni dengan siapa pun dia akan hadap, no hal. Dengan Pemimpin yang dia istihar “PERANG” pun sampai pemimpin tu lari ikut pintu belakang bila dia muncul. (NOTHING TO HIDE).

Dengan orang yang mengutuknya pun dia boleh muncul didepan mata dengan tiba-tiba sampai orang yang sedang mengutuknya tu jadi tertunduk kaku layu kacip gigi. (PROF KANGKUNG)

Dengan orang yang cuba nak menyerangnya dan provokasi pun dia tetap berdiri tegak disitu tanpa berganjak sedikit pun walaupun berlaku kejadian kerusi terbang dan bom asap jatuh sebelahnya. (NOTHING TO HIDE 1st)

Dengan insiden cubaan sabotaj kapal terbang yang akan dinaikinya pun dia tetap pergi ke destinasi pilihannya tanpa ada rasa takut atau mengalah. (KERAjaan BOSSKurr-Pre PRU14)

Dengan negara kuasa asing pun kalau dia rasa perkara itu tak betul, dia berani bersuara. Bukan baru ye, tapi sejak dulu. (ISRAEL JAHANAM)

Tun

Dengan orang yang cuba nak menyekat dia dari berucap pun dia tetap berusaha untuk membalas jawab balik dengan bernas walaupun berhadapan dengan penguatkuasa KERAjaan. (NOTHING TO HIDE 2nd).

Yang paling terbaru, Sidang Media (PC) menteri berkuasa pun jadi terbantut, terus berubah tempat dan lari ke tempat lain bila dia dengar beliau (Tun M) mai terjah tiba-tiba. Punyalah gementar walaupun dibelakang punya lah sembang pum pang kuasa amat power.

DAN BERMACAM-MACAM LAGI.

Inikan pula Menteri dari KERAjaan GAGAL yang nak jumpa untuk bekerjasama dengannya. Jika baik untuk rakyat dan negara, pastinya Tun M terima. Tapi jika hanya mempergunakan Tun M, saya nak beritahu yang Tun M itu lebih bijak dalam menilai gaya dan perangai seseorang itu.

PADA SEJARAH LEPAS, BERMACAM-MACAM KEADAAN BELIAU DAN KELUARGA TEMPUHI, NAMUN AKHIRNYA KEMENANGAN MEMIHAK PADA BELIAU.

Mungkin begitu juga di Zaman PN ni. Sejarah dulu mungkin kini menjadi realiti. Kemenangan memihak lagi kepada orang yang benar.

ITULAH DIA, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD YANG DAKU KENALI.

Perjuangan Belum Selesai.
Note: Sedikit gambar kenangan menunjukkan keberanian Tun M. Lama tak lama bersamanya, sedikit sebanyak banyak perkara yang aku lihat dan simpan sewaktu bergerak kesana kesini bersama kancil 660 ku.
Zainal Nor Official
KGTM & KPTM Official.

Sumber:

jika Anda terlepas: Panas !!! Pejuang nampak cenderung bina kerjasama dengan PN