Tun M Ceria Dikunjungi Pemimpin AMANAH

Tun M Ceria Dikunjungi Pemimpin AMANAH

Pemimpin Parti Amanah Negara mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Pertemuan yang membincangkan perkembangan isu semasa dilihat sebagai satu inisiatif yang positif dari kepimpinan Amanah untuk merapatkan kembali hubungan dengan Tun M bersama pakatan Harapan setelah tragedi “Langkah Sheraton’ yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun M.

Tun M kelihatan serius dan disulami keceriaan bertemu dengan para pemimpin Amanah hari ini. Pertemuan ini dimuatnaik oleh Dato Mahfuz Omar di media sosial beliau petang ini.