Tular video OKU di Rumah Amal di Kajang dipukul dengan batu bata

Tular video OKU di Rumah Amal di Kajang dipukul dengan batu bata.Tindakan seorang individu yang didakwa membuli seorang penghuni orang kelainan upaya (OKU) di sebuah rumah amal di Kajang dengan memukulnya menggunakan batu-bata telah mendapat kecaman hebat orang ramai.

Menerusi perkongsian video oleh Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi di laman Twitter miliknya, beliau meluahkan kekecewaan terhadap individu yang memukul serta pihak pengurusan rumah amal tersebut kerana gagal mengawasi keadaan penghuni dengan baik.

“Kamu ingat kamu siapa.

“Saya mengenali saudara OKU kita yang Cerebral Palsy ini sejak dia berumur empat tahun, dia tidak boleh pertahankan dirinya dan perlu sokongan untuk menjaga dia,” ciapnya.

Tambah Ras Adiba, luluh hatinya apabila melihat situasi sebegini berlaku kepada golongan OKU dan tidak ada yang melindungi mereka ketika itu.

“Kamu biar beliau dibuli sebegini, luluh hati saya,” katanya.

Sementara itu, video tersebut berjaya mendapat perhatian orang ramai, dan rata-rata turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan individu itu.

“Jahatnya, janganlah aniaya OKU macam itu,” ciap @pawople.

“Seriuslah pukul guna batu bata, kalau luka parah macam mana, di mana pihak penjaga tak pantau aktiviti penghuni,” kata @zozonys.

“Mentang-mentang dia OKU, kalau dia normal rasanya kau dah kena semula, suka hati hentak kepala orang guna batu bata,” ciap @huahuahell.

BACA:

Proton tawar diskaun alat ganti sehingga 50% kecuali….
Cengkerang haiwan purba seberat 2 tan ditemui sekumpulan remaja
Satelit China hampir berlanggar dengan dua satelit SpaceX milik Elon Musk

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)