Seorang lelaki didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam di sini.
Bagaimanapun waktu dan hari kejadian tidak dapat dipastikan.
Kejadian berkenaan tular di media sosial sejak semalam selepas satu video berdurasi 29 saat yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi di kumpulan aplikasi WhatsApp.
Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya tanpa mengenakan topi keledar.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, siasatan pihaknya mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini.
“Dia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian.
“Ekoran kejadian itu, lelaki itu telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Shafee berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti kelurganya.
Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/13/tular-video-lelaki-bogel-tunggang-motosikal/