Tular video dua wanita terjun bangunan, ini penjelasan Polis

Tular video dua wanita terjun bangunan, ini penjelasan Polis

Polis mengesahkan klip video memaparkan dua wanita membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment adalah kejadian yang berlaku di luar negara pada 2017.

Pegawai Komunikasi Korporat Bukit Aman, Skandaguru Anandan berkata, kejadian yang didakwa berlaku di Genting Highlands, Pahang itu diulang siar di media sosial beberapa kali semenjak tahun lalu bagi mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

video

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, pandemik Covid-19 memberikan impak besar terhadap kesihatan mental individu di dunia termasuk Malaysia dengan peningkatan jumlah kes bunuh diri.

Katanya, terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada 2020, iaitu 631 kes berbanding 609 pada 2019 malah sehingga Mac tahun ini, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada polis.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti:

MHPSS di 03 29359935 atau 014 3223392.
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019 2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan).
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111 9598214.
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03 76272929.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/06/wanita-terjun-bangunan-video-lama-kejadian-di-luar-negara-kata-bukit-aman/

BACA JUGA : Panas !!! Malaysia di kedudukan tercorot dalam indeks pemulihan