Tular video dikompaun kerana hantar bantuan

Tular video dikompaun kerana hantar bantuan

Tular video di kompaun kerana hantar bantuan, ini penjelasan Polis. Polis hari ini menafikan dakwaan tular kononnya pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas individu yang menghantar bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Tular video

Tegasnya, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kompaun sebagaimana dakwaan yang dibuat menerusi video yang tular di media sosial itu.

“Tiada kompaun dikeluarkan kepada orang ramai atas alasan menghantar bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, pihaknya mengesan sebaran video panggilan telefon di sebuah radio tempatan yang tular, mendakwa polis Kuala Kangsar mengeluarkan kompaun ke atas individu yang menghantar bantuan.

Omar Bakhtiar berkata, hasil semakan mendapati, pihaknya hanya mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak polis percaya tular video itu berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati individu tersebut kerana dikompaun atas kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan setelah selesai menghantar bantuan, bukannya atas kesalahan menghantar bantuan seperti yang ditularkan,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya telah mengambil tindakan menyiasat perkara itu.

Omar Bakhtiar berkata, pihak polis amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang memberi bantuan dan menjaga keamanan serta kesejahteraan negara.

Dalam masa sama, katanya, orang ramai juga perlu mematuhi segala SOP dan arahan keselamatan yang dikeluarkan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan dan penyebaran COVID-19.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih kerana ia satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kuala-kangsar-nafi-keluar-kompaun-ke-atas-penghantar-bantuan-306427

jika Anda Terlepas: MP Umno akhirnya terpaksa akur dengan keputusan parti