Tular surat Hishamuddin tawar diri jadi PM

Tular surat Hishamuddin tawar diri jadi PM

Tular surat Hishamuddin tawar diri jadi PM. Surat yang tersebar di media sosial mendakwa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan diri sebagai sebagai Perdana Menteri adalah palsu.

Menerusi satu ciapan di Twitter, unit komunikasi Hishammuddin menjelaskan surat tersebut berunsur fitnah dan bertujuan mengelirukan pandangan umum.

“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan @Ds HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata unit komunikasi Hishammuddin.

Kandungan surat itu mendakwa, kononnya Hishammuddin telah memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sekembalinya dari lawatan kerja ke Dubai dan menawarkan diri untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat berkenaan antara lain turut menamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri 2.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/surat-kaitkan-hishammuddin-tawar-diri-jadi-pm-palsu-304761