Tular perempuan mengandung kena rempuh di majlis Isa isarb, dah jadi kes polis pula…

Tular perempuan mengandung kena rempuh di majlis Isa isarb, dah jadi kes polis pula..Orang ramai atau mana-mana individu yang terlibat dalam sebuah video tular memaparkan seorang lelaki mengamuk kerana mendakwa isterinya dirempuh sekumpulan individu yang meluru masuk ke padang bola sepak di Kuang diminta tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian, jadi kita minta kepada mana-mana individu terlibat dalam video berkenaan supaya tampil untuk membuat laporan.

“Dengan laporan yang dibuat akan membolehkan siasatan berkaitan kejadian dijalankan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengamuk selepas mendakwa isterinya dirempuh sekumpulan individu yang meluru masuk ke padang bola sepak di Kuang.

Insiden berlaku ketika orang ramai berebut untuk masuk ke padang bagi mengikuti cabaran yang dibuat seorang YouTuber terkenal yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

Menerusi rakaman tersebut, seorang wanita dilihat tersungkur di atas padang dan dirempuh sekumpulan individu yang berpusu-pusu masuk ke padang untuk menyertai cabaran tersebut.

Menyedari isterinya dirempuh, seorang lelaki yang turut menyertai acara terbabit mula marah dan menjerit sambil mencari pelaku yang melanggar isterinya.

@coachshopee

Apa kes ni? Bulan puasa pun mcm ni ke? #isaisarb #padang

♬ original sound – CoachShopee – CoachShopee

tonton:

BACA:

Padah pukul perempuan, penyanyi terkenal ditahan polis

Honda HR-V versi baru jadi kegilaan orang ramai, tiba Malaysia dalam masa terdekat

Kecoh dakwaan Siti Bainun ada kaitan dengan Tun Mahathir, lelaki ini beri penjelasan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)