Kebersihan adalah aspek yang sangat penting apabila kita makan di luar.
Pihak pengusaha restoran juga berusaha keras untuk menyediakan hidangan berkualiti dan bersih kepada pelanggan.
Namun, bagaimana perasaan korang jika pekerja restoran tidak mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan?
Sudah tentu, korang akan hilang keyakinan dan mungkin tak mahu kembali ke restoran tersebut.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan seorang pekerja restoran membasuh ayam daripada sisa makanan pelanggan.
Tidak jelas mengapa dia melakukan tindakan tersebut, dan harap-harap ayam itu tidak dijual semula. Korang boleh tonton video tersebut di @update11111 di bawah.
Dalam video tersebut, kita dapat melihat pekerja itu mengambil sisa makanan dari pinggan dan membasuhnya sebelum meletakkan dalam mangkuk. Namun, tiada maklumat lanjut mengenai kejadian ini dilaporkan.
Tindakan pekerja restoran dalam video ini jelas sekali amat menjijikkan. Diharapkan sisa makanan yang dibasuh itu tidak dihidangkan semula kepada pelanggan.
BACA: Pemimpin UMNO ajar Pas cara cepat jadi kerajaan bikin Bersatu sakit hati
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio