Tular kenyataan media perletakan jawatan Presiden Umno

Tular kenyataan media perletakan jawatan Presiden Umno

Tular kenyataan media perletakan jawatan Presiden Umno. Selepas kenyataan media palsu yang mendakwa kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemuka keputusan untuk letak jawatan sebagai Perdana Menteri, satu lagi dakwaan tidak benar ditularkan di media sosial.

Kali ini kenyataan media palsu yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengundurkan diri daripada menerajui parti itu.

Perkara itu dijelaskan oleh pegawai Ahmad Zahid

Tular

“Kenyataan media yang ditularkan mengenai peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO itu adalah palsu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, wartawan menerima kiriman kenyataan media itu menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa surat peletakan jawatan Presiden UMNO telah dihantar kepada ibu pejabat parti hari ini.

Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dikongsi oleh orang ramai di media sosial.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lagi-kenyataan-media-palsu-presiden-umno-pula-didakwa-letak-jawatan-307751

jika terlepas: Zahid dedah kronologi yang berlaku, Umno terpaksa buat keputusan