Tular isu PATI banjiri KLIA, ini penjelasan Ketua Pengarah Imigresen

Tular isu PATI banjiri KLIA, ini penjelasan Ketua Pengarah Imigresen

Kesesakan luar biasa ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bukan disebabkan masalah terkandas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menjelaskan, mereka yang terlibat juga bukan diminta berkumpul di situ sebelum balik ke negara asal masing-masing.

“Sebaliknya mereka menunggu giliran bagi bayar kompaun RM500 dan mendapatkan memo periksa keluar sebelum boleh meninggalkan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PATI

Beliau merujuk laporan berita beberapa akhbar tempatan mendakwa ramai PATI ‘tersangkut’ di KLIA dan terlepas penerbangan kononnya kaunter Imigresen memproses dokumen agak lama.

Sambutan luar biasa mereka itu susulan pelaksanaan Program Rekalibrasi Pulang kelolaan jabatan tersebut sebagai pelan pemutihan PATI sejak dilancarkan awal Disember tahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau menambah, rakyat asing itu melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan ‘merebut’ peluang balik melalui kaunter khas imigresen yang dibuka dari 5 Julai lepas.

“Setakat semalam, seramai 3,483 orang PATI telah balik ke negara mereka melalui khidmat kaunter ini dan membuktikan sambutan program rekalibrasi sangat menggalakkan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/21/bukan-terkandas-tetapi-jumlah-pati-ramai-lewat-datang-klia/

BACA JUGA : Panas !!! Warga asing banjiri KLIA, mahu balik India