Tular gambar persediaan polis trafik dengan kameranya, ‘Snap’ dulu bayar kemudian

Tular gambar persediaan polis trafik dengan kameranya, ‘Snap’ dulu bayar kemudian. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menasihatkan orang ramai untuk mematuhi had laju ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka bermula hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Friends of PDRM, satu pesanan ringkas yang dititipkan buat semua pengguna lebuh raya berjaya mendapat perhatian umum.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, PDRM mengadakan pakej ambil gambar dahulu dan bayar kemudian.

“Dengan pesanan, patuhilah had laju yang ditetapkan,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai yang terhibur dengan pesanan tersebut menyifatkannya sebagai satu tawaran peringatan yang mesra.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan PDRM akan mengoptimumkan alat pengesan had laju ‘In-Car Radar’ dan Sistem Kompaun Dalam Talian Pintar ‘iCOPS’ menerusi Ops Selamat sempena perayaan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

TONTOn :

BACA:

Dah lama tak ada ‘job’, Shuk Sahar minta stesen TV jelas hal sebenar, “betul ke saya kena banned?”

Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu

Video raya Aliff Shukri, Kementerian tak boleh sekat serta merta – Menteri

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)