Tular di Twitter penunggang motosikal dilanggar lari, ini penjelasan polis

Polis mengesahkan kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) sepertimana yang tular di laman Twitter adalah disebabkan terbabas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pada 4 Oktober lalu kira-kira pukul 7.36 petang telah tular satu video di laman tersebut yang dimuat naik oleh [email protected] Pastries mendakwa motosikal berkenaan terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain yang bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang berkenaan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas sendiri serta melanggar pembahagi jalan di tempat kejadian.

Tular di Twitter penunggang motosikal dilanggar lari, ini penjelasan polis

Tangkap layar berkenaan kemalangan terbabit yang dimuat naik di laman Twitter wanita tersebut beberapa hari lalu.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa telah tercampak ke lorong kanan jalan lebih kurang 50 meter daripada mangsa.

“Kemudian, datang kereta jenis Honda Accord warna kelabu telah terlanggar motosikal mangsa yang berada di lorong kanan jalan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki berumur 19 tahun telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

“Setakat ini pemandu kereta masih belum membuat laporan polis dan kita berharap agar pemandu tersebut tampil untuk membuat laporan,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 032071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/07/penunggang-motosikal-terbabas-sendiri-bukan-dirempuh/

BACA JUGA : Terkini !!! Individu dewasa lengkap vaksin kini 89.1%

COMMENTS

Wordpress (0)