Tular CEO Pfizer belum cucuk vaksin, lelaki ini dedah perkara sebenar

Baru-baru ini, sempat heboh di sosial media sebuah klip video CEO syarikat pengeluar vaksin COVID-19, Pfizer Inc yang dikatakan belum mengambil suntikan vaksin.

Dalam sesi temubual tersebut, CEO Pfizer, Albert Bourla menjwab soalan penemu ramah sama ada dia telah mengambil suntikan vaksin COVID-19 atau belum. Bourla kemudiannya merespon bahawa dia belum mengambil suntikan tersebut.

Tular CEO Pfizer belum cucuk vaksin, lelaki ini dedah perkara sebenar

Albert Bourla

Pun begitu, potongan video kenyataan Bourla ini dikatakan ada kejanggalan. Oleh itu, lelaki ini melalui laman TikTok @debunktionjunction2.0 ‘menyiasat’ kejanggalan ini dan membongkar perkara sebenar mengenai video tersebut yang sempat tular.

Melalui ‘penemuan’ tersebut, lelaki ini perasan akan jumlah kes kematian akibat COVID-19 yang tertera dalam rakaman temu bual itu. Melihat kepada jumlah kes kematian ketika itu yang menunjukkan angka 299,191 kes, lelaki ini kemudian mencocokkan angka pada video tersebut dengan video temubual yang dimuatnaik di YouTube.

Rupanya video temubual ini telah dimuatnaik di YouTube sejak setahun lalu, tepatnya pada 14 Disember 2020. Pun begitu, video yang sama diunggah semula oleh seorang pengguna TikTok sekitar minggu lalu.

Menurut video penuh sesi temubual tersebut, alasan Bourla tidak mengambil dos Pfizer pertamanya sejurus selepas ia diluluskan adalah kerana dia tidak mahu ‘memotong barisan’ individu yang lebih perlu.

Menjengah ke laman Twitter rasmi Albert Bourla, CEO Pfizer ini walaubagaimanapun telah mendapatkan dos kedua vaksinasinya pada 10 Mac tahun ini seiring aturan vaksinasi mengikut peringkat umurnya.

@debunktionjunction2.0 Debunking the CEO of Pfizer lie for the 100,000th time! #covid19 #vaccine #fypシ ♬ Fashionable and cool Parisian accordion(892415) – ricca

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/10/18/video-pernah-tular-kononnya-ceo-pfizer-belum-cucuk-vaksin-lelaki-ini-bongkar-hal-sebenar/

BACA JUGA : Penganggur digantung sampai mati, bunuh abang ipar cuba rogol adik perempuan