Tuduhan pemimpin Pas dijawab, PH telah laksana tugas dengan baik

Sepatutnya kerajaan PN fokus melawan COVID-19 dan tidak bermain politik, tetapi pimpinan Pemuda PAS Nurul Islam bertindak menyebarkan fitnah di twitternya. Oleh kerana fitnah telah dibuat, maka saya cuba jelaskan.

Setelah diasak, pemuda PAS ini memadam tweet ini. Jom kita kaji adakah dakwaannya tepat?

1. BENARKAH PH GAGAL HALANG IJTIMA TABLIGH?

Ijtima berlangsung pada 27 Feb hingga 1 Mac 2020.

Tiga hari sebelumnya 24 Feb 2020, PH tidak lagi menjadi kerajaan dan Tweet Terakhir Dr Dzul sebagai YB Menteri Kesihatan adalah pada 24 Feb 2020.

Ijtima berlangsung 27Feb – 1 Mac

2. TUGAS KDN HALANG IJTIMA DAN BUKAN MENTERI KESIHATAN

Tugas menghalang Ijtima ini terletak pada KDN iaitu sebelumnya disandang oleh TS Muhyiddin Yasin dan bukannya Menteri Kesihatan. Tetapi akibat langkah khianat Sheraton, pada tempoh ini, tidak ada menteri kabinet selama 16 hari. Tiada Menteri KDN, Tiada Menteri Kesihatan, Tiada Pengarah Nadma TPM, Tiada Menteri Agama. Pertarungan politik waktu ini sebabkan tumpuan semua beralih dari melawan COVID-19.

Lebih malang lagi, PN mengambil masa 10 hari untuk melantik Menteri Kabinet dari tempoh PM8 mengangkat sumpah walaupun negara sedang berdepan dengan bahaya COVID-19.

Individu yang terlibat mengkhianat usaha Kerajaan tangani Wabak COVID-19 pada 23 Febuari 2020

Menteri Dalam Negeri semasa PH dan kini Perdana Menteri Ke-8

3. 11 HARI GAP TIADA KES BARU

Kerajaan PH berjaya mengawal kesemua jangkitan semasa pada gelombang pertama yang disebabkan oleh pelancong. Kesemuanya sembuh dan ada yang telah dihantar pulang. Selepas itu 11 hari tidak ada kes baru. Gelombang kedua berpunca dari Rakyat Malaysia yang balik dari luar negara dan pada waktu ini TIADA KERAJAAN.

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TIDAK SEKAT PELANCONG CHINA

JADI KENAPA PH TIDAK HALANG PELANCONG CHINA

Berikut adalah antara 3 Sebab kenapa Kerajaan PH tidak menyekat kemasukan warga asing pada peringkat awal wabak (Gelombang Pertama) dikesan tetapi mengambil langkah mengawal dan kuarantin 14 hari:

1. PATUH WHO & IHR2005

Semasa Gelombang pertama, KKM bersandarkan kepada arahan dan pendirian WHO untuk tidak menutup/sekatan kepada pelancong asing berdasarkan IHR2005. KKM mendapat maklum balas daripada Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) dimana masih lagi perlu patuh pada arahan International Health Regulations (IHR 2005 – Download).

2. MESTI DIBUAT MENGIKUT EVIDENCE-BASED

Berikut adalah kenyataan dari director-general WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus:

“Travel restrictions can cause more harm than good by hindering info-sharing and medical supply chains and harming economies. We urge countries and companies to make evidence-based, consistent decisions.”

3. IKUT PLAN STRATEGI UNTUK KURANGKAN KESAN LANGSUNG LAIN

Kena faham “Right Action at the Right Time”. Tak wajar Travel Ban masa tahap awal containment, masa 1st wave. Rakyat pun tidak ada stamina untuk kekal begitu dalam tempoh masa yang panjang.

Fikir pula kesan pada sosial & ekonomi negara. Pada para peniaga kecil contohnya. Sebab tu dalam melawan COVID19 ini perlu pelan strategik. Perancangan teliti. Tidak boleh tangkap muat. Saranan Director General WHO setiap keputusan mesti ‘evidence-based’.