TUBUH DULU KERAJAAN MUAFAKAT NASIONAL

Sambil melayan lagu-lagu Kugiran Masdo dimalam hari, tiba-tiba benak aku terfikir tentang apa yang sedang diperkatakan sekarang.

Kalau sungguh Muafakat Nasional itu ada garis politik hebat ianya kontradik dengan apa yang diungkap. Melihat tiada satu pun lantikan sebagai EXCO dari adun UMNO di Kelantan atau di Terengganu memperlihat sisi kerjasama sebenar mereka.

Begitu juga di Pahang, kerusi yang dimenangi PAS boleh dibanggakan, namun tiada 1 pun adun PAS diangkat menjadi EXCO. Itu baru kisah Muafakat Nasional belum lagi bisik-bisik Pakatan Nasional.

Agak-agak siapa nak jadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir jika benar-benar Pakatan Nasional itu berhasil?

Haji Hadi?

Zahid Hamidi?

Sebab itu aku selalu optimis yang Pakatan Harapan adalah mandat rakyat pasca PRU 14. Melanggar titik itu maka semuanya tiada upaya mendabik dada.

Walau aku cuma bidak dalam permainan catur, tapi bidak bukan orang yang boleh angguk dan terus angguk.

Sambung semula melara dengan lagu Kugiran Masdo.

Muhammad Syafiq Azmi