Tuanku dari awal tak minat jadi Agong, MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mendedahkan, Sultan Muhammad V sejak awal lagi tidak begitu menunjukkan minat untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong. 

Beliau berkata, perasaan Sultan Kelantan itu berdasarkan maklumat yang diketahuinya ketika tempoh awal pertabalan baginda.

“Pada asal dulu, Tuanku Sultan tidak berminat sangat untuk jadi Yang di-Pertuan Agong. Ini yang saya ada maklumat waktu itu. 

“Tuanku tidak begitu (menunjukkan) minat apabila dijangka (ditabalkan). Tetapi selepas itu Tuanku ambil tanggungjawab sebagai Agong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program di Kampung Laut, Tumpat, malam ini.

Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa hari ini.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/459136