Tuan Ibrahim ucap syukur walaupun Pas tewas di PRN Melaka

Timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan rasa syukur walaupun tewas semua kerusi ditandingi di PRN Melaka.

“Kepada semua pengundi rakyat Melaka, terima kasih atas undian yang diberikan.

“Kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS menunjukkan peningkatan undi yang memberangsangkan. Alhamdulillah. Anggota dewan undangan negeri (Adun) yang telah dipilih rakyat, selamat menjalankan tugas dengan adil dan amanah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai peningkatan undi yang diperolehi PAS.

sembang kari tuan ibrahim

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan PRN Melaka yang menyaksikan BN menang selesa dan membentuk kerajaan negeri.

PAS bersama gabungan PN menyertai pilihan raya itu dengan meletakkan calon di lapan daripada 28 kerusi.

“Terima kasih juga kepada para pendukung dan penyokong PN. Kita telah berusaha yang terbaik. Semoga Allah ganjari usaha dan pengorbanan yang telah diberikan,” katanya lagi.

 

BACA JUGA :

Gempar !!! Setelah menang bergaya di Melaka, Umno beri bayangan mahu PRU tahun ini juga

Doktor pakar maut setelah 2 tahun rawat pesakit Covid-19

Gempar !!! Gerak 98 dedah kenapa PKR kalah semua kerusi di Melaka

COMMENTS

Wordpress (0)